SJK(C) Tung Hua terletak di Jalan Suarah,
Sibu, kira-kira 3 km dari bandar Sibu.
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1922 sebagai
sebuah sekolah rendah cina swasta.
Dua belas tahun kemudian, iaitu pada tahun
1934, sekolah rendah ini berkembang dan mula menerima pelajar menengah.
Pada tahun 1956, ia menjadi sebuah sekolah bantuan kerajaan.
Pada tahun 1970, pentadbiran sekolah
diasingkan dan dikendalikan oleh sekolah rendah dan menengah
masing-masing. Sebuah pagar didirikan untuk membahagikan kedua-dua buah
sekolah itu. Guru Besar pertama Sekolah Rendah Tung Hua ialah Encik Ting
Choo Seng. Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Tung Hua mempunyai Lembaga
Sekolah yang sama.
Di bawah kepimpinan dinamik Datuk Amar Ling
Beng Siong sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah, lima blok bangunan konkrit
mengandungi bilik darjah, pentadbiran, perpustakaan, sains, kantin, kemahiran
hidup dan mini dewan telah didirikan pada tahun 1970, 1976, 1988, 1994 dan
1997. Oleh kerana luas kawasan sekolah hanya lebih kurang 1.5 ekar, tiada
ruang lagi untuk pembinaan bangunan baru pada masa depan. Kemudahan
fizikal sekolah ini lengkap walaupun kami masih inginkan bilik tambahan untuk
muzik, AVA, bilik persidangan dan sebagainya.
SJK(C) Tung Hua ialah sekolah kategori A,
mempunyai satu sesi sahaja (sesi pagi). Bilangan kelas berjumlah 30, dari
darjah 1 hingga darjah 6 dan setiap darjah mempunyai lima kelas. Bilangan
guru ialah 54 orang dan staf bukan guru ialah 5 orang.
SJK(C) Tung Hua mempunyai sebuah klinik
pergigian untuk menjaga kesihatan gigi murid yang berjumlah 1000 orang
sekarang.
Guru Besar pertama sekolah swasta ialah Encik
Lau Tiu kee yang berkhidmat dari tahun 1922 hingga 1924, sementara Guru Besar
pertama selepas pentadbiran sekolah ini diasingkan kepada SJK(C) Tung Hua dan
SMB Tung Hua, ialah Encik Ting Choo Seng. Beliau bertugas dari tahun 1970
hingga tahun 1975.
Guru Besar SJK(C) Tung Hua sekarang ialah Puan
Yu Siong Chiew dan Pengerusi Lembaga Sekolah Tung Hua ialah Temenggong Dato Lau
Lee Ming.
No comments:
Post a Comment